buat duit/income

Jumaat, 20 Julai 2012

P/PINANG UMUM BONUS

Pulau Pinang Umum Bonus Minimun RM 600 Bagi Kakitangan Awam

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pemberian bonus minimum RM600 untuk kakitangan awam negeri itu.

Kira-kira 7,800 kakitangan awam daripada badan berkanun, majlis tempatan dan jabatan kerajaan di Pulau Pinang, akan menerima bonus tersebut.Lim berkata guru Kafa (al-Quran dan Fardhu Ain) pula akan dibayar minimum RM300 duit raya.




LAGI BONUS RAYA PEMBANGKANG:>

POLITIK HERET RAKYAT

POLITIK JANGAN HERET RAKYAT
Politi! Politik! Politik!! Inalah yang yang hangat diperktakan sekarang lebih-lebih lagi dengan PRU ke-13 yang tidak lama lagi.Para pemimpin politik sedang berkerja keras bagi memastikan setiap agenda yang dibawa oleh parti masing-masing menepati cita rasa pengundi setiap yang dilakukan amatlah dialu-alukan oleh rakyat diNegara ini lebih-lebih lagi agenda yang boleh membantu rakyat dalam kehidupan seharian.
Para pemimpin parti telah siap sedia dengan strategi masing-masing agar dapat melumpuhkan pihak lawan mereka ia dibuat dari pelbagai aspek sama ada media cetak,hiburan,television,ceramah- ceramah politik,manisfesto-manisfesto yang dilancarkan ,serangan peribadi terhadap individu,dan pelbagai cara lagi yang digunakan bagi menarik minat pengundi.
Ianya memang tidak dapat dinafikan lagi lebih-lebih lagi mandat lima tahun hampir genap dan rakyat sekali lagi diberi kuasa memilih!manakah pemimpin politik yang dianggap dapat membela dan terbaik bagi mereka.Oleh sebab yang sedemikanlah berlakunya stategi-stategi yang boleh mengheret rakyat masuk keagenda mereka yang mane mengheret rakyat kedalam satu lubuk puaka dan lembah maut.
Seperti yang kita sedia maklum para pemimpin politik yang sedia ada secara tidak lansung telah mengheret rakyat berada disituasi yang menyusahkan dan membelengu kehidupan harian yang harmoni .sepatutnya stRategi serta  isu-isu mereka tidak sepatutnya mengheret rakyat.Seperti contoh isu air di Selangor,isu NFC,isu air di Kelantan,Rasuah sana sini,video sex yang telah banyak mengemparkan rakyat,isu Kapal selam,isu FGV,isu Pergaduhan dalam Parlimen ini semua sedikit sebanyak telah mengheret rakyat kelembah yang dalam dan gelap.Sepatutnya isu-isu tersebut tidak perlu timbul dan tidak perlu dipolitikkan kerana di Negara ini telah ada pihak yang diberi kuasa menyiasat kes-kes tersebut dan tidak perlu heret rakyat bagi menentukan sapa yang salah dan sapa yang benar.Pihak berkuasa di Negara ini yang sememangnya berintergriti tinggi yang mana boleh memainkan peranan dengan lebih tulus .Mengapa perlu mengheret rakyat?sedarlah wahai para Pemimpin POlitik sekalian Dunia sekarang ramai yang sudah cerdik pandai bukan seperti 15-20 tahun dahulu yang mane ape yang diperkata oleh para pemimpin diiakan oleh rakyat.Golongan muda sekarang lebih celik akan hal-hal yang berlaku .
Wahai para pemimpin tidak kira kamu dipihak pembangkang mahupun kerajaan sedarlah profesionalah dengan politik sekarang rakyat tahu menilai yang baik dan yang buruk ,kamu jalankan kerja kamu dengan sebaik mungkin dan kami yang menilaikan nya .Setiap masalah rakyat kamu yang perlu selesaikan dan kami cukup waktu dan mase nya kami akan menilai-by Pemuas Nafsu

LAGI TENTENG RAKYAT:>

Khamis, 19 Julai 2012

OH MELAYUKU

Apakah benar tumbangnya umno melayu akan hilang.



Jika pru 13 kali ini umno tumbang apa akan jadi pada melayu?apakah pembangkang tidak akan membela melayu?Siapakah sebenar-benarnya membela melayu?apakah kerana politik melayu akan hilang?jawapannya ada dalam diri masing-masing.Jika kita rasa sesebuah parti itu yang akan membela nasib kita sokonglah ia…Jika ia memudaratkan kehidupan akan dating kita hindarilah ia.Jawapan ada disetiap undi yang kita lakukan.Jagan jadi “yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran”ingatianya juga peribahasa orang melayu.Dunia politik amatlah besar mainanya dalam dunia kehidupan harian kita.Pemerintah berjiwa rakyat maka rakyatlah dapat faedahnya,jika pemerintah berjiwa kronis maka hanya orang-orang tertentulah yang akan dapat manfaatnya.jadi fikirlah sedalam-dalamnya mana yang baik bagi kita disitulah undian yang harus kita buat-by Pemuas Nafsu
 
klik sini untuk budak melayu 3gp:>

ARTIS BERI IMPAK PADA POLITIK

Politik mase kini,artis antara penyumbang impak besar pada sesebuah parti politik ,sokongan artis pada sesebuah parti politik boleh menambahkan lagi popular parti politik itu ini kerana dengan kepopularan artis itu menjadi satu target men dalam sesebuah parti politik.
Banyak sudah artis popular mase kini yang menyertai parti politik bagi menyatakan sokongan mereka pada parti itu.ini sedikit sebanyak membantu antara mereka sama ada artis itu sendiri mahupun parti politik itu meningkatkan popularan mereka dan ini amatlah memberangsangkan bagi politik di MALAYSIA.Tetapi dalam mase yang same timbul juga fitnah-fitnah dan tomahan yang dilemparkan oleh segelintir manusia yang tidak begitu menyenanggi diatas sokongan-sokongan artis itu terhadap parti yang disokonginya.Sebangai contoh yang begitu panas sekarang tiga penyanyi popular AMY SEARCH,JAMAL ABDILLAH DAN IBNOR RIZA difitnah menerima sogokan RM10,000 diatas sokongan mereka keatas sebuah parti politik ,adakah ini benar atau sekadar tomahan?? bagi pihak yang menyatakan fitnah itu silalah beri bukti kukuh untuk menjaga nama baik anda agar tidak dicop pemfitnah tegar.jika ada bukti kemukakan dan tunjukkan pada orang ramai agar semua orang tahu sikap-sikap artis kita tapi jika hanya fitnah semata-mata itu amatlah mengecewakan kerana saya juga antara peminat artis bertiga itu.kasihanilah artis itu mereka cari makan dengan cara popular mereka jika timbul fitnah sebegini apa akan jadi periuk nasi mereka jagan tulis ikut sedak jari jew kamu(pengfitnah) boleh lah kamu ahli politik duit dah belambak dapat.pergi sana sini da tentu dijaga .Kasihanilah artis kita ,kepada pengfitnah jadilah ahli politik yang professional biarlah mereka (artis)memilih parti politik yang mereka suka jagan kerana mereka x sokong parti anda ,anda fitnah pula mereka…………………………..by-Pemuas Nafsu
 
klik sini ttentang artis tak sedar diri:>

HAYATI PERJUANGAN UMNO LALU…

Ini satu lagi isu politik yang panas dan hangat memang benar kata TPM para pemimpin umno sekarang perlu menhayati perjuangan pemimpin umno yang lalu yang mane mereka memperjuangkan hak-hak orang melayu ,membela nasib orang melayu,menjadikan orang melayu itu bermaruah,politik pemimpin umno mase kini dah banyak terpesong jauh


kebanyakakn dari mereka bukannya hendak memperjuangkan orang melayu tapi hanya ingin menangguk di air yang keruh…itu lah sikap pemimpin sekarang ,memang ade pemimpin yang benar-benar memperjuangkan melayu tapi hanya segelintir sahaja yang lain ape yang mereka perjuangkan,politik mereka adakah hanya kerana duit?adakah hanya nama?adakah hanya popularity?adakah kerana pangkat?adakah kerana PERJUANGAN itu sendiri ini yang harus kita persoalkan pada mereka…!!para pemimpin umno hayati lah kembali perjuangan lalu agar ia terserap dalam jiwa anda semua dan akhirnya bangsa melayu yang mendapat faedahnya.PERJUANGKANLAH POLITIK MELAYU,PERTAHANKANLAH HAK-HAK ORANG MELAYU,TINGKATKANLAH MARUAH ORANG MELAYU,BIBIRKANLAH MULUT-MULU BANGSA ASING DENGAN PERKATAAN MELAYU AGAR MEREKA LEBIH GERUN DENGAN PEMIKIRAN ORANG MELAYU DAN JAGANLAH HILANGKAN MELAYU DIDUNIA INI..PERTAHANKAN… TAK KAN MELAYU HILANG DIDUNIA!!!.............................................by-Pemuas Nafsu


klik sini untuk melayu bogel:>


DICERAIKAN KERANA POLITIK..


Ini satu lagi berita hangat adakah patot kerana politik isteri diceraikan ,nil ah yang dikatakan terlalu taksuk pada politi sampai org yang dicintai bertahun-tahun sangup diceraikan oleh kerana perbezaan politik .Lebih menanbah panas lagi cite ni ialah umur kedua-dua pasangan tersebut sudah terlalu tua anak-anak pun da besar panjang tetapi mengapa boleh terjadi begini.Panas hati juga kekadang kalau kiter pikirkan ,oleh kerana politik sahaja kita bercerai berai sedangkan orang-orang politik yang besar-besar dah jadi kaya raya ,hidup senang lenang duit ban yak nak mampos tp kiter oleh kerana sokong mereka kite ceraikan isteri sebabnya isteri tak sependapat dengan perti yang kita taksub..sekali bace citer nie panas hati je,dua kali bace dah menyirap panas hati tue sampai tangan kaki,bile tiga kali bace satu badan panas .Mane letak nye otak-otak org sebegini ,dulu mase muda-muda bukan main saying lagi sampai nak tido pun tolong dodoikan ,nak anak berape jew isteri tue sanggup b agi ,nak makan isteri masakkan ,nak,mandi isteri buatkan aire panas untuk mandi bila sakit isteri jage macam budak kecik tp OLEH SEBAB PERBEZAAN politik isteri diceraikan…pada pemikiran anda adakah patot terjadi benda nie terjadi dim ana letaknye pemikiran dan otak orang tue….klu muda lagi tue boleh la tahan jugak nie da tua kubur panggil mari rumah hari-hari halau…hushhhhhh pelik manusia sekarang…INGATLAH KITA BOLEH MENYOKONG MANE-MANE PAR TI YANG KITA MAHU IA ADALAH HAL INDIVIDU TIDAK BOLEH DIPAK SA.JAGAN LAH TAKSUB PADA MANE-MANE PARTI POLITI KERANA MEREKA RETI MEMBERI KATA-KATA MANIS DARIPADA MELAKUKANNYE.UBAH LAH PERSEPSI DIRI ANDA WALAUPUN DENGAN UNDIAN ANDA SESEBUAH PARTI TUE BOLEH MENANG TAPI MEREKA TIDAK BOLEH BAGI ISTERI PADA ANDA,TIDAK BOLEH BAGI CINTA PADA ANDA,TIDAK BOLEH BAGI KEBAHGIAN RUMAH TANGGA PADA ANDA DAN YANG PALING PENTING MEREKA TIDAK BOLEH BAGI ISTERI TERCINTA PADA ANDA.-DARI Pemuas Nafsu

KLIK SINI CERITA ARTIS CERAI:>

ANWAR NAK BERSARA?


Kalau nak diikutkan cerita nie memang panas,setelah sekian lame berkecimpung dalam dunia politik akhirnya beliau meluahkan hasrat untuk bersara dari dunia politik .Pencapaian

 

terbaik beliau adalah memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada era pemerintahan TUN M dan sekarang ketua pembangkang.walaupun sesetengah pendapat mengatakan beliau tidak Berjaya dalam dunia politik tapi bagi saya beliau amat Berjaya dalam kerier politikbeliau.Cerita ini sudah tentu sensasi dan begitu panas diperkatakan bagi orang-orang politik.Adalah amat membanggakan seseorang apabila pernah menjadi org No2 dalam Negara dan sekarang ketua pembangkang.Bagi saya impak yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar amat besar pada rakyat lebih-lebih lagi ketika beliau menjadi orang no satu pembangkang ini kerana beliau amat lantang mengkritik kerajaan yang sedia ada sekali gus memberi tekanan besar pada parti pemerintah.Ini membolehkan rakyat dinegara ini yang mendapat faedah dan terus terbela.MENGAPA SAYA BERKATA BEGITU?Pada pendapat saya dengan tekanan dan kritikan beliaulah yang membuat kerajaan yang sedia ada menunaikan segala manifesto yang telah dijanjikan sebelum PRU ke12.Cuba kita imbas kembali pada PRU ke11 kerajaan BN telah menang besar dan (pada ketika itu ketua pembangkang masih didalam tahanan) barisan dari wakil-wakil rakyat dari pembangkang amat kecil bilangannya ini membolehkan kerajaan yang memerintah ketika itu mengambil sikap sambil lewa terhadap rakyat kerana mereka tahu tiada tekanan terhadap mereka dan membolehkan mereka ambil sikap pejam mata dalam beberapa isu rakyat cth: isu minyak ,minyak melambung naik sehingga RM2.70 seliter,isu rakyat miskin,masih ramai rakyat miskin didalam Negara tetapi duit rakyat tidak digunakan sebaiknye untuk membasmi kemiskinan tetapi digunakan untuk membantu Negara asing.memang tidak salah membantu tetapi dahulukan dulu rakyat sendirikan lebih elok dan banyak lagi isu lain.Ketika PRU ke12 kerajaan BN telah hilang banyak kerusi di parlimen dan hilang kepercayaan rakyat terhadap mereka ini membuat kerajan BN bukak mata akan masalah yang dihadapi rakyat bermacam-macam program TRANFORMASI 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN yang dibuat untuk memenangi semula hati rakyat dan akhirnya rakyat mendapat faedah dan keuntungan bersama.Semua itu impak yang diberikan oleh siapa? Oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.(pembangkang).Jika dipandang dari sudut negetif memang lah DSAI banyak membuat provokasi dan lain-lain lagi tapi jika kita rakyat Malaysia pandang kearah Positif kita juga kena berterima kasih pada beliau kerana dengan tekanan dan impak yang beliau lakukan kita rakyat malaysia mendapat bermacam-macam pembelaan dari kerajaan BN dan perubahan yang ketara dari kerajaan BN untuk membela rakyat.TIDAK SALAH ANDA MEMILIH MANE-MANE PUN PARTI POLITIK TETAPI JANGAN TERLALU TAKSUB INI KERANA DALAM SESEBUAH NEGARA MEMERLUKAN PARTI PEMERINTAH DAN PARTI PEMBANGKANG. KERANA DENGAN ADA NYA PARTI PEMBANGKANG PARTI PEMERINTAH AKAN MEMBUAT KERJANYA DENGAN BETUL ,TELUS DAN SAKSAMA AGAR RAKYAT TIDAK HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP MEREKA.DAN DENGAN ADA NYA PARTI PEMERINTAH PARTI PEMBANGKANG HARUS BERUSA LEBIH GIGIH UNTUK MEMENANGI HATI RAKYAT.KEDUA-DUANYA HARUS SEIMBANG AGAR RAKYAT YANG DAPAT MANFAAT.-by- Pemuas Nafsu

 

KLIK SINI LAGI PASAL ANUAR:>

 

 

EMAS KELANTAN DISAMAUN PEROMPAK

KOTA BHARU 10 Julai - Berpuluh-puluh tapak perlombongan emas haram dikesan beroperasi di beberapa daerah di negeri ini.

Utusan Malaysia difahamkan antara kawasan yang menjadi tumpuan aktiviti tersebut ialah Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.
Tindakan `merompak’ hasil negeri yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu itu menyebabkan Kelantan kerugian ratusan jutaan ringgit.
Ini berdasarkan laporan mengatakan ada di antara lombong haram itu mampu memperoleh sehingga satu kilogram emas yang dianggarkan mencecah nilai RM190,000 dalam masa tiga hari melombong.
Selain itu, kegiatan tersebut juga menyebabkan berlaku kerosakan pada alam sekitar.
Sementara itu, sumber turut memberitahu kebanyakan lombong haram berkenaan beroperasi tidak jauh daripada lombong berlesen.
Keadaan itu, jelas sumber terbabit, sekali gus menimbulkan persoalan tentang penglibatan serta peranan mereka membanteras kegiatan tidak bertanggungjawab itu.

lagi tentang emas:>

ISU AIR DI NEGERI SELANGOR

KERAJAAN NEGERI SELANGOR SEDANG MENGKAJI PROJEK PRINTIS


Projek itu bagi membangunkan sumber air bumi Selangor bagi menyokong industri pembekalan air.Projek itu dikendalikan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama satu jawatankuasa khas dari Jabatan Mineral dan Geosains negeri (JMG) dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).Adakah projek printis ini benar atau sekadar mainan politik PKR SELANGOR semata-mata.Jika ianya benar rakyat dinegeri ini tidaklah terlalu gusar akan isu air ini,malah rakyat dinegeri ini amat berterima kasih jika projek ini benar-benar berjalan.


lagi pasal nak buat air or buang air:>

UMNO BIMBANG HIMPUNAN HIJAU


Benarkah Umno/ BN semakin bimbang terutamanya berhadapan Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Bermula himpunan hijau peringkat pusat di Alor Setar, Kedah sehingga beberapa buah negeri dan kawasan telah menganjurkannya. Iannya bagai mimpi buruk bagi Umno/ BN apabila kehadiran rakyat semakin tinggi dan ramai apatah lagi di negeri kubu kuat mereka seperti Johor, Negeri Sembilan dan Melaka turut mendapat sambutan hangat benarkah maklumat ini.jika benar ape tindakan Umno/BN ?

DARI PELBAGAI HIMPUNAN:>

TUN M -JANGAN TAKSUB

7 Julai - Ketaksuban kepada kepimpinan lebih daripada ajaran Islam yang terdapat dalam al-Quran boleh menjurus kepada perpecahan dan kelemahan umat Islam, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dengan menjadikan situasi di Kelantan sebagai contoh, Dr. Mahathir berkata, beliau diberitahu tidak ada kemungkinan Barisan Nasional (BN) menang di negeri itu (pada pilihan raya umum) kerana penduduk Kelantan begitu taksub dengan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam entri terbaru bertajuk "Asabiah" yang disiar dalam blognya, beliau berkata demikianlah ketaksuban ini sehingga apa sahaja yang didakwa oleh Nik Aziz berkenaan agama Islam, maka orang Kelantan akan menerimanya bulat-bulat sebagai benar dan menepati ajaran Islam.

"Orang Islam yang berfikiran waras tentu menolak dakwaan Nik Aziz bahawa mengundi PAS akan mendapat pahala, bahkan menjamin syurga di akhirat.
Tetapi nampaknya majoriti rakyat Kelantan, sama ada mereka terima dakwaan ini atau tidak, terus setia dan menyokong kepimpinan Nik Aziz.

"Kemenangan Pas di Kelantan dan di tempat-tempat lain membuktikan kepimpinan Nik Aziz tidak terjejas walaupun jelas menyalahguna agama untuk politik duniawi," kata Dr Mahathir dalam artikel itu.


lagi Tun M cakap klik sini:>

Bonus Raya 2012

Bonus Raya 2012 Kakitangan Awam : Kalau melihat semula laporan Berita Semasa mengenai bonus raya kakitangan awam yang bertajuk “Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minima RM 500 Untuk Kakitangan Awam!“, kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM2 billion bagi memberikan bosnu raya 2011 kepada kalangan 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia. Itu beritahun tahun 2011, bagaimana pula dengan bonus raya 2012 kakitangan awam?
Pasti ada yang mengatakan, mengapa perlu diberikan lagi kepada kalangan kakitangan kerajaan sedangkan mereka baru sahaja menerima kenaikan gaji antara 7-13% awal tahun ini. Takkanlah nak minta lagi bonus raya 2012 pula? Jawapan kami mudah sahaja.Inilah waktu dan ketika yang terbaik untuk menghantar sebarang cadangan dan permintaan kepada pihak kerajaan. Nah…inilah masanya. Apatah lagi Malaysia sekarang ini dalam kehangatan menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka berlaku tidak lama lagi. Desas-desus ada mengatakan, kemungkinan besar selepas Hari Raya Aidilfitri 2012 kali ini. Benarkah? Sama-sama kita nantikan selagi tidak keluar sebutir pun pengumuman daripada Datuk Seri Najib Razak.
Tuntutan Cuepacs : Bonus Raya 2012 Kakitangan Kerajaan
Mungkin atas pertimbangan ini jugalah, Cuepacs melancarkan satu lagi tuntutan kepada pihak kerajaan :
Tuntutan bonus raya 2012 Aidilfitri untuk 1.4 juta kakitangan kerajaan di negara ini adalah antara isu yang akan dibincang pada mesyuarat Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada hari ini (Isnin)
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata permintaan bonus itu akan dibincang dari pelbagai sudut termasuk jumlah bayaran.
Dan hati kecil kami kuat merasakan kakitangan awam akan mendapat bonus raya 2012 kali ini. Dan samada dapat atau tidak bukan lagi menjadi menjadi persoalan utama sebenarnya kerana lebih terarah kepada persoalan, berapa jumlahnya yang bakal diagihkan oleh kerajaan bagi bonus raya 2012 kali ini-sumber dari Berita Semasa Online
-by Pemuas Nafsu

lagi bonus raya disini:>

Amuk di JPM


Pagi-pagi bagun tido tengok berita takde benda lain lagi-lagi pasal amuk di JPM,apelah motif hero dan heroin ni .Saje nak tempah name dalam Malaysia book of record ke ?Masih tidak terjawak lagi dan masih disiasat motif sebenar oleh pihak berkuasa kita.Ape yang diaorang tak puas hati sagat sampai nak mengamuk-ngamuk bawak samurai pulak tu.Kalau ada yang tidak puas hati salurkan lah pada tempat yang betul kalau tak ape guna jabatan agensi-agensi ,ngo-ngo dinegara nie kalau sume nak dilakukan dengan cara yang macam tue.
Padahal lepasan UNIVERSITY tu,bukan tidak berpelajaran nilah yang orangcakap belajar tingi-tinggi pun tak guna kalau cara nak hidup berharmoni tidak tahu dahla tak dapat ape yang dihajati kena pulak tembak pastu kena dakwa pulak dimahkamah kan “dah jatuh ditimpa tangga pastu jatuh muka tepat kena tahi lembu”sia-sia hidup 28 tahun ,yang sorang lahi heronya pula jalan terus mengadaplah tuhan tu jawablah dengan mungkar nangkir,hidup kalau terpelar sagat pun nilah jadinya,sepatutnya pelajaran disulam dengan kehidupan barulah kenal erti hidup.didalam mahkamah si heroin menangis dan mengatakan pada mahkamah bahawa dia dan suaminya tidak berkerja dan hidupnya disara oleh mertuanya iaitu keluarga suaminya,pada pandangan saya sudah tahu hidup sendiri pun terumbang ambing niekan pulak nak tegakkan benda lain dah tuekeluar mengamuk ngan laki orang ape nak jadi uruskan lah hidup sendiri dulu baru nak fikir hal orang lain mane letaknya otak pemikiran yang dianugerahkan tuhan.bukankah itu satu tindakan bodoh walaupun hanya dia ada jawapannya tapi mengikut akal fikiran yang waras memang satu tindakan bodoh dan tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang terpelajar seperti dia .Semoga mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal pada dia agar menjadi peringatan pada orang lain agar tidak suka hati membuat tindakan yang bodoh dan tidak berfaedah seperti dia yang menyusahkan banyak pihak diatas tindakanya…-by Pemuas Nafsu

lagi kejadian amuk:>

Tawar 1025 peluang perkerjaan.

Karnival hari Koperasi Negara sambutan mengalakkan.
Ia dianjurkan oleh Jobs Malaysia Sempena Hari Koperasi Negara yang mane Berjaya menarik minat lebih kurang 1000 pencari kerja yang ingin mencuba nasib lebih kurang 1025 peluang perkerjaan dari pelbagai syarikat yang mengambil bahagian.Harap-harap carnival macam ni diteruskan lagi dimasa-masa akan dating dan lebih banyak lagi syarikat yang mengambil bahagian kerana dengan carnival seumpana ini boleh mengurangkan kadar penganguran dinegara ini jika difikirkan secara positif carnival seumpana ini banyak faedahnya ia banyak membantu masyarakat dan dapat mendedahkan orang ramai akan koperasi-koperasi di Negara ini.sedikit sebanyak dapat mengubah fikiran orang ramai daripada meminjam di AHLONG yang mane cakapnya mahu tolong akhirnya melolong,lebih baik pinjam dikoperasi yang sedia ada dinegara ini.ianya banyak mendedahkan peranan dan kelebihan menjadi ahli koperasi dan ianya juga dapat menyumbang akan pendapatan Negara Malaysia tercinta ini-by Pemuas Nafsu

lagi kerja kosong:>

Sarjan oHh Sarjan

Seorang sarjan wanita didenda rm5k kerana mengaku salah menerima suapan rm500 ratus.sia-sia dapat pinggat ANUGERAH PINGGAT KEBAKTIAN dari Sulatan Kelantan,sekali buat salah tiada guna pingat yang dapat tue x membantu lansung.Inilah yang

berlaku di masyarakat kita sekarang orang yang berbudi buat baik beribu kali lansung tak dipandang tapi kalau salah tue walaupun hanya sekali 3 juta kali orang akan mengata.lumrah kehidupan harian terima takdir dengan redha mungkin ini pengajaran bagi dia tapi pengajaran bagi kita ,kita tak tahu lagi,Jagan pandang salah dye sahaja pandanglah juga akan baktinya pada masyarakat- by Pemuas Nafsu

lagi tentang duit sini:>

Himpunan Oren

Cakap-cakap mengenai perhimpunan oren mengatakan himpunan itu gagal tepati sasaran mereka betul ke?kalau betul memang patut gagal keranan himpunan oren nie lah himpunan anak-anak felda yang tak sedar diri.kerajaan dah bagi bermacam-macam kat mereka tapi masih lagi tak sedar diri .semua yang dibuat yang dirancang oleh kerajaan adalah untuk faedah bersama setiap langkah ada baik dan buruknya.Ambil yang positif buang yang negetif jika anda fikir penyenaraiaan FGV di bursa saham sebagai negetif itu yang akan terjadi pada anda ,jika anda berfikir positif manfaatnya pun untuk anda.jika disokong dan disepadukan dengan pendapat dan cadangan serta kerjasama semua pihak insyallah banyak baik dari buruknya.buanglah sifat negetif anda marilah berfikir bersama bagi menjayakannya bukan berfikir untuk menjatuhkannya-by-Pemuas Nafsu

FB(FACEBOOK) DAN TWITTER BAHAYA..


Polis diraja Malaysia menasihati pemandu kenderaan agar tidak melayari fb @ twitter ketika memandu kerana perbuatan itu bukan sahaja boleh menjadi punca kemalangan tetapi memang salah disisi akta pengangkutan jalan Malaysia .Mengikut statistik PDRM SEJUMLAH 44000 saman telah dikeluarkan sejak january hingga akhir jun lalu atas kesalahan tersebut.Pada abad ini terlalu banyak telah dicipta telefon pintar yang mane boleh mengekses internet dimana sahaja dan kesempatan ini telah diambil oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab da mengabaikan keselamatan orang lain.
Didalam akta pengangkutan jalan membolehkan kita memakai handfone tetapi mestilah bebas tangan ,iaitu memakai earphone tapi sekarang ramai yang mengunakan handfone bukan sahaja untuk menelefon ia juga digunakan untuk mengekses internet dan dah tentunye jika kita mengekses internet melalui talefon ketika memandu sudah semesti nye tidak bebas tangan dan ianya adalah satu kesalahan undang-undang.


Terlalu banyak kejadian kemalangan sekarang yang puncanya dari pemakaian handfone ketika memandu ianya amat jelas rakyat dinegara ini ambil lekeh akan undang-undang sedia ada.cuba kita bayangkan baru 6 bulan pdrm telah dapat menyaman penguna jalan raya yang mengunakan HP sebanyak 44000 itu yang dikesan dan disaman yang tidak dikesan oleh pihak berkuasa berapa ramai pula?ini menunjukkan sikap rakyat kita sendiri yang ambil mudah akan keselamatan ketika memandu.
SEPERTI YANG DICADANGKAN DI PARLIMEN MALAYSIA AGAR HAD MAKSIMUM SESUATU SAMAN DINAIK SEHINGGA RM2000 SAYA TERAMATLAH MENYOKONG AKAN CADANGAN ITU KERANA JIKA TIDAK BERBUAT DEMIKIAN AKAN LEBIH RAMAI LAGI YANG AKAN BERSIKAP LEKEH TERHADAP UNDANG-UNDANG YANG TELAH DIMAKTUBKAN.TIDAK DAPAT MENGUBAH DENGAN CARA BERKEMPEN SANA SINI MEMBAZIR DUIT RAKYAT UNTUK ORANG YANG TAK RETI PAHAM BAIK BUAT PENDEKATAN MACAM TUE NAIKKAN LAGI TAHAP MAKSIMUM SAMAN ,AGAR LEBIH RAMAI YANG AKAN MENGHORMATI UNDANG-UNDANG NEGARA INI.DUIT RAKYAT TAK MEMBAZIR KERAJAAN DAPAT TAMBAH DUIT UNTUK BANTU RAKYAT YANG MEMERLUKAN.

lagi tentang facebook dan twitter:>

Rabu, 18 Julai 2012

Duit Baru MALAYSIA Hangatkan

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit baru dengan gaya dan corak yang berlainan.Ini membolehkan pendapatan/income bulanan kita pun menjadi baru tapi tak bertambahlahkan hanya duit tue jew yang baru bertukar wajah.
cakap pasal duit sume mate melopong dok pandang duit haha kenape ye nie la peranan kehidupan hari ini asal duit sumenye boleh jadi kekadang terpikir jugak nak income yang baru lebih baru dari duit nie .....biasa lah kita manusia xkan puas akan duit yang ada niekan pendapatan pon sekadar cukup makan jew ape nak buat tue yang termampu ..orang cakap usahala kalau nak dapat lebih tapi usaha d macam-macam beraneka warne buat tapi still sama jew maybe tuhan tak tunjukkan lagi rezeki yang dye nak bagi kat kite jadi biarlah kita redha akan pembertianya arinie..........


nak cari duit lebih/income lebih atau cara baru buat duit klik sini:>