buat duit/income

Khamis, 19 Julai 2012

TUN M -JANGAN TAKSUB

7 Julai - Ketaksuban kepada kepimpinan lebih daripada ajaran Islam yang terdapat dalam al-Quran boleh menjurus kepada perpecahan dan kelemahan umat Islam, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dengan menjadikan situasi di Kelantan sebagai contoh, Dr. Mahathir berkata, beliau diberitahu tidak ada kemungkinan Barisan Nasional (BN) menang di negeri itu (pada pilihan raya umum) kerana penduduk Kelantan begitu taksub dengan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam entri terbaru bertajuk "Asabiah" yang disiar dalam blognya, beliau berkata demikianlah ketaksuban ini sehingga apa sahaja yang didakwa oleh Nik Aziz berkenaan agama Islam, maka orang Kelantan akan menerimanya bulat-bulat sebagai benar dan menepati ajaran Islam.

"Orang Islam yang berfikiran waras tentu menolak dakwaan Nik Aziz bahawa mengundi PAS akan mendapat pahala, bahkan menjamin syurga di akhirat.
Tetapi nampaknya majoriti rakyat Kelantan, sama ada mereka terima dakwaan ini atau tidak, terus setia dan menyokong kepimpinan Nik Aziz.

"Kemenangan Pas di Kelantan dan di tempat-tempat lain membuktikan kepimpinan Nik Aziz tidak terjejas walaupun jelas menyalahguna agama untuk politik duniawi," kata Dr Mahathir dalam artikel itu.


lagi Tun M cakap klik sini:>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan